Jualan ada. Tapi untung sebenar berapa?
Bookkeeping, costing & bajet untuk usahawan kecil — oleh bekas auditor PwC yang faham bisnes anda.
Akaun kemas, untung jelas.
Kalau anda angguk pada salah satu ini, anda di tempat yang betul.
- Jualan nampak banyak, tapi duit dalam bank tak pernah cukup.
- Resit dalam kotak kasut, rekod dalam kepala.
- Duit peribadi dan duit bisnes bercampur.
- Nak mohon pinjaman atau geran, tapi tiada penyata kewangan.
- Jual di Shopee / TikTok Shop, tapi tak pasti berapa untung selepas caj platform.
- Musim cukai datang, anda panik.
Apa kami buat untuk anda
Standard auditor. Bahasa usahawan.
Dibuat oleh bekas auditor
Coach Arif pernah mengaudit syarikat di PwC — kami tahu apa yang bank, LHDN dan juruaudit cari.
Kami terangkan nombor anda
Setiap laporan disertai ulasan ringkas: apa yang naik, apa yang bocor, apa nak buat bulan depan.
Faham usahawan kecil
Lebih 10 tahun melatih usahawan bersama agensi kerajaan — bahasa kami mudah, bukan bahasa buku teks.
Harga jelas dari awal
Tiada caj tersembunyi. Sebut harga bertulis sebelum kerja bermula.
4 langkah mudah
Tempah semakan
Semakan Rekod Percuma, 15 minit, online.
Terima cadangan
Pakej yang sesuai + sebut harga bertulis.
Hantar dokumen
Kami beri senarai semak — hantar melalui WhatsApp, email atau Google Drive.
Terima laporan
Laporan + ulasan setiap bulan, sedia untuk keputusan.
Mula rekod hari ini — percuma.
Buku Untung Harian: catat jualan & belanja dalam 10 saat, terus nampak untung bulan ini. Tiada daftar, tiada muat turun.
Semakan Rekod Percuma
Dalam 15 minit, kami lihat keadaan rekod anda dan beritahu apa yang perlu dibuat dahulu. Tiada paksaan untuk ambil pakej.
- Kenal pasti masalah rekod utama
- Anggaran kerja & tempoh
- Cadangan pakej paling jimat
Tempah Semakan Rekod Percuma
15 minit, online. Kami cadangkan pakej yang sesuai — tiada paksaan.
Hubungi Kami
Anda boleh berhubung dengan konsultan kami di talian WhatsApp. Tekan butang di bawah.
Waktu operasi: 9 pagi – 7 malam